Beautiful of November
Real life is begin


            Assalamualaikum, penutup tirai 2015. Awal tahun harituh aku ada post pembuka tirai. Ini nak post pasal penutup tirai 2015. Banyak benda aku lalui pada tahun 2015 ni. Ada pahit ada manis.Tapi yang pahit tuh memang teramat pahit. Tapi biarlah sekadar jadi pengalaman buat diri aku sendiri dan jadikan pengajaran. Manakala yang manis itu aku titipkan dalam kenangan yang mungkin tidak pernah aku lupakan.

            Seusia aku 22 tahun ini, banyak benda dah mengajar aku, dari cara bagaimana jadi kental, bagaimana kuatkan diri, cari diri sendiri. Banyak. Cuma kadang aku hilang arah. Bila aku hilang arah. Aku cuba cari punca itu. Alhamdulillah aku jumpa. Orang sekeliling aku banyak mengajar aku jadi tabah. Pelbagai ragam manusia aku jumpa. Alhamdulillah aku dapat hadapi dengan tenang, walaupun satu masa aku menangis sendiri mengenang nasib diri. Tapi aku masih tabah kerana tujuan aku hidup di atas muka bumi ini kerana Allah. Allah segalanya.

             

Sehingga aku jumpa seorang hamba Allah ini, yang banyak menguji kesabaran aku. Kadang dia menyakitkan hati, kadang dia sendiri pengubat lara hati. Yang sentiasa berada di sisi di saat aku jatuh. Di masa aku berseorangan dia yang sentiasa berada di samping aku. Menjadi pendorong kepada aku. InshAllah jika jodoh dulu menjemput aku. Aku simpan kau dalam almari diam-diam. Kalau malaikat maut dulu memanggil aku. Jangan tangisi pemergiaan aku, Cari seseorang yang kau boleh berkongsi suka duka. Jangan pernah sakitkan hati dia.

*Kakak bukan dalam mood ok, kakak dalam mood stress belajar ni*



Posted at 10:02:00 AM | 0 CintaBergerak
Assalamualaikum...
Eh 2015 sudah. Lama tak update blog weyh. Rindu. Okay itu je. Cukup lah 1 buat masa ini.

Status : Sedang cuti sem tetapi sedang berkerja. Ya berkerja membanting tulang empat kerat bagi menyara keluarga serta anak dan suami. Eh? HAHAHA.

Posted at 9:34:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble