Beautiful of November
Corona Virus
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

It's been a long time since I not take part in blogger and start to blogging. Last post pun a few years dah. It's 2020 guys! Since belum ada lagi kereta terbang tapi technology dah semakin canggih. People's dah start guna internet 24 hours non stop. 

Berbalik kepada tajuk utama kita tentang Corona Virus, apa itu Corona Virus? Pada November 2019, Wuhan, China telah diserang dengan famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk yang dikenali sebagai Corona Virus or as known as COVID-19. Simptom-simptom penyakit ini adalah mostly patient akan demam melebihi suhu 38 darjah Celcius, batuk kering, susah bernafas, keletihan dan selsema, dan pelbagai lagi simptom yang lain.

Akhir bulan Februari 2020, Covid-19 ini telah berada di Malaysia, dan pada ketika ini Malaysia telah dilanda masalah politik. Pada masa ini, Malaysia mempunyai beberapa kes Covid-19 dan telah berjangkit dari satu indivindu kepada satu indivindu yang lain. Pada 3 Mei 2020, Malaysia telah mencatatkan hampir 6,298 kes dan 105 kematian pada masa ini. Hah cepat kan virus ini tersebar. Dalam masa 3 bulan sahaja Malaysia dah mencatatkan hampir 6300 kes. Pada masa ini, Perdana Menteri Malaysia yang ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.


Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18-31 March 2020 (FASA 1), 1-14 April 2020 ( FASA 2), 15-28 April 2020 (FASA 3) dan 29 April - 3 Mei 2020 (FASA 4), Perlaksanaan PKP ini telah membantu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes Covid-19 ini. Perdana Menteri Malaysia juga telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula dari 4 Mei - 9 Jun 2020, dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula dari 10 Jun - 7 Julai 2020. Setiap PKP,PKPB dan PKPP ini banyak membantu rakyat malaysia mengamalkan NORMA BAHARU, kami tidak boleh duduk dekat-dekat, apatah lagi salam diantara satu sama lain. 

Sehingga 30 November 2020 hampir seluruh dunia terkesan dengan Covid-19 ini. 

sumber : Google on  30/11/2020


Pada 30 November 2020, Malaysia telah mencatatkan hampir 65,697 jumlah keseluruhan kes Covid 19, dan kematian sebanyak 360 kes. Kes sembuh juga sebanyak 54,759. Ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang tergolong dalam pesakit Covid ini. Covid-19 ini tidak memilih mangsanya. Yaya teringat kata-kata seorang sahabat yang berkata "Allah nak tunjuk dekat kita umatnya dengan Virus yang kecil je sekejap je. Dia hantar ciptaanya yang tak nampak langsung dekat mata" bertapa besarnya nikmat kuasa Allah beri dekat kita selama ini. Ada juga yaya tengok di beberapa media sosial, seorang hamba Allah di halau oleh rakan serumah nya dek kerana dia terkena virus ini. Sahabat semua, Pesakit Covid ini bukan penjenayah. Mereka tak minta pun untuk terkena penyakit ini. Tak kurang juga ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian.




Sehingga harini, 1 Disember 2020, Malaysia masih mengamalkan norma baharu, setiap kali keluar rumah pakai mask muka atau pelitup muka. Tangan sentiasa dicuci dengan air dan sabun atau mengunakan hand sanitizers. Semoga virus Corona ini cepat menghilang dan kita kembali hidup dalam kehidupan yang normal. Terhindarnya kita semua dari penyakit-penyakit yang memudaratkan ini. Amalkan budaya hidup dengan norma baharu. Kita jaga Allah, Allah jaga kita.



Posted at 2:34:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble