Beautiful of November
Kem Xplorasi Alam
Jam menunjukkan pukul 10.40am , terkebil - kebil mata aku , sambil terbayang secawan kopi . Hurm ~

Assalamualaikum

Ohyeayy ! Dah balik dari kem Xplorasi Alam Smk Seri Permaisuri selama 3 hari 2 malam , Weee . Start on day Saturday until Monday . Ok dari 3 hari 2 malam ni banyak gila aktiviti kitaorang buat . So baca 3 3 hari ini ok ?

First Day

Aku yang buat peace tuh *Muhahahah*
First day kitaorang kena berkumpul dekat sekolah around 7.30 pm last -last semuannya sampai jam 8 lebih . Ngee . Biasa dah . kata bertolak pukul 9 am , last-last bertolak pukul 10 juga , Tapi Alhamdulillah selamat sampai di sana pukul 2 kot tak silap . ke 3.00 pm  , Sorry ah aku bukan tengok pun jam masa tuh , Sebab exsited nak masuk khemah kan ?

Time ni budak lelaki sibuk bersihkan beg diorang sebab semut bersarang T_T

Masa ni sempat minta cikgu tangkap gambar kami , Muhaha :D lepas tuh kena angkat barang berat-berat . Ngee

Naik bot ke seberang pak .
Haaa then kitaorang kena kumpul ramai ramai dibahagikan kepada 5 kumpulan lepas tuh kena angkat barang berat-berat , tak pe kan ? kurang sikit lemak di badan , hahaha  Then naik bot pergi ke seberang , pergi ke Taman Negara ! Yeayyyy kumpul kat sana cikgu bagi kumpulan , Aku dapat dengan adik-adik , Aina and Ain and Aqila , tapi asal nama aku sorang je H ? Dirikan khemah  and semua siap . Hoho

Walaupun penat tapi mampu tersenyum
Then malam pulak ada Night Safari , Masuk hutan then berjalan dalam hutan tuh cari serangga , Yang nampak benda pelik tuh bonus lah , Hahaha . Adik-adik form 1 sampai tak nak lepaskan aku pergi group lain sebab diorang takut , tapi Aku minta tolong Alin jaga diorang , nasib baik diorang ok . Huuuuu~ Alhamdulillah  . Tapi time tengah tidur . Ada sekumpulan Babi Hutan datang ke khemah kitaorang , and 1 khemah kena sondol tapi itu khemah Visitor memang diorang kenalah sebab diorang duk bakar-bakar , Ada yang kata "mereka" comel . Ahhh awesomenya -.-


Second Day

Pagi-pagi bangun pukul 5 am , berebut nak mandi , hahaha then breakpast pastuh buat senaman pagi , Alahai comel gila tengok diorang semua buat senaman pagi , Hahaha guling-guling aku gelak , *tipukan?* Ok then lepas senaman pagi , arobik bagai kitaorang pun mulakan misi dengan "CANOPY WALK" weee jalan jauh kot 2km je pun , merentas hutan semak samun , nak naik Jambatan Gantung , Heee semua merasa naik Canopy Walk tuh :D Alhamdulillah berjaya melepasi walaupun muka nampak berani kata tak takut tapi dah jejak kaki dekat benda tuh , Allah je la tahu perasaan aku macam mana , D: Hahahaa .

Lepas kitaorang naik benda tuh aktiviti seterusnya "Rapid Shooting" Aku punyalah memikir apa ke benda la tuh , Tapi dia kata 100% basah , Ahhh simpan segala yang aku sayang dalam khemah , datang naik bot dengan tangan kosong , Jam pun tak pakai , Tengah syok-syok nikmati keindahan alam Ciptaan Allah SWT . Tertiba Dusssshhhhh!! Air dipercikkan ke muka mengunakkan dayung oleh bot sebelah , Peerghh apa lagi , bermulalah perang air dengan bersenjatakan Dayung dan Selipar ! Hahaha tapi itu lah yang paling best :D

Lepastuh kitaorang sampai kat Kampung Orang Asli seriusly tak besar tapi berbaloi baloi . Kaum BATEX namanya , tapi diorang ni pakai baju and maju lah juga . Aku terbayang diorang tak pakai baju , * Hahaha *
Tapi diorang tak ada agama still amalkan memuja roh nenek moyang ,  Bila dengar cara mayat di tanam pun aku dah seram . Ngeee jangan terkejut kalau kau masuk hutan kau nampak ada mayat kat atas pokok , :D
Then aku dapat sumpit . tak dapat sumpit orang sumpit patung pun jadi , aku dah terbayang dah patung tuh siapa :D haahha tapi tak kena la pulak Sumpitan itu , Cehh ! Until malam adalah aktiviti lain .

Kalau jumpa pokok ni dalam hutan , ini pokok halia boleh minum air dia

Carilah saya yang pakai sweater merah putih .

Kampung orang asli Kaum BATEX

Penerangan tentang SUMPIT


Kaum Wanita BATEX hanya duduk dalam rumah sahaja


Third Day

Third day ni bangun-bangun macam biasa berebut bilik air , Mandi . Makang lepastuh kena kemaskan khemah and segala2 yang ada kat sana , After that naik bot balik , Singgah rumah cikgu Abu , Perghhh memang meriah gila ahh kat FELDA PADANG PIOL , dalam 1 rumah muat untuk kitaorang 80 orang ni . Makan sedap2 pulak tuh , Thanks cikgu . !
Lepas tuh semua pergi dekat KUALA GANDAH tengok Gajah , Ngeee ada anak gajah tengah mandi , sempatlah aku pegang , Oh teruja :D
Balik then macam biasa ahh penat . Hahaha ! Panjang sangat dah entry ni tak mampu korang semua nak baca kan ? :D 

Tapi Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dekat sana , cuma banyak kena gigit pacat , selamat aku tak kena , tapi best trip sekolah kali ni , First and maybe last :) Sekurang-kurangnya dapat rapatkan silaturrahim antara adik-adik aliran perdana dengan abang dan kakak form 5 and form 6 . tapi ada juga yang buat hal sendiri , Itu terpulanglah untuk adik - adik FORM 5 yang terasa :D 










Ini si TAPIR JANTAN


Ini fara <3

Ini si Anak Gajah

Ini EKyn Aris


ok HABIS :S

Posted at 7:58:00 PM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble