Beautiful of November
Si tabah Penguat Hati
Assalamualaikum...

Mata ini ada seribu cerita disebaliknya
Alhamdulillah peperiksaan sudah tamat , Maka tamatlah riwayat si pencerita untuk membaca buku . Mungkin ? Dalam sepasang mata , tersirat pelbagai cerita . Mata yang menjadi saksi melihat , hati yang merasa , perasaan yang meluahkan . Sesungguhnya manusia di atas , adalah hamba Allah yang sangat lemah orang nya . Mungkin dalam dia di lihat kuat , Tapi apabila bersendirian , dia lemah longlai . Tidak mampu untuk berdiri sendiri , memerlukan pertolongan , tapi siapa ? Sering kali dia cuba meminta bantuan rakan-rakan , dia buntu , adakah dia mempunyai rakan ? Mungkin ya rakan dia "facebook" atau di "twitter" tapi, Itu semua hanya rakan . Bukan sahabat untuk berkongsi cerita..

"Sesungguhnya, aku cemburu dengan mereka yang mempunyai sahabat baik , Dulu aku mempunyai seorang , tapi dia menikam aku dari belakang , Perit rasanya , Bermula saat itu , aku kurang pasti siapa kawan siapa lawan . Mungkin mereka ada ,tapi kewujudan mereka aku tak pasti ada semasa aku sedih atau susah . Atau ada semasa aku gembira dan senang sahaja . Aku tidak kisah sama ada mereka ikhlas atau tidak , Cuma aku perlukan seorang kawan yang boleh di gelar Sahabat"

Bukan untuk menagih simpati atau apa-apa pun , tapi di mata si gadis ini sentiasa berkaca . Melabuhkan mutiara kaca daripada sepasang mata . Berhenti di kala malam menyepi . Esoknya , pekara yang sama berulang lagi . Masih kecil dahulu , si gadis ini sering kali dipinggirkan , oleh keluarganya , manja dahulu tapi apabila mencapai usia di sekolah rendah semua bertukar duka . Masih ku ingat ketika tingkatan 3 , ayah ku sering kali memarahi aku , sehingga dibandingkan dengan abang ku . Aku tahu aku tidak sebijak mereka . Tapi itu sahaja daya ku . Itu yang aku mampu , Sehingga kini , mereka masih dijadikan buihan mulut ayah kepadaku , Tapi sudahku lali dengan semua itu , seperti makanan ku , tidak pernah ku endahkan , Apa kurangnya aku ? Ya dari dahulu apa yang aku buat mereka sering tidak ambil peduli tentang diri ku, Sehingga aku merasa aku bukan siapa siapa dalam hidup mereka . Mungkin... Aku hanya mampu berdoa dan bersyukur kerana dikurniakan keluarga sebegini , Sekurang-kurangnya hidup aku tidak merempat .

Hanya ku pinta untuk diberi kasih sayang yang kian lama hilang 

Posted at 8:25:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble