Beautiful of November
Warkah Buat Bakal Suami

Awak awak , pess pess awak , awak yang tengah baca warkah ini lah , awak kena fokus tau apa yang saya sampaikan ini . Sebab awak bakal suami saya , bakal imam kepada saya dan keluarga kita, bakal ayah kepada anak-anak kita , bakal kongsi satu katil dengan saya .Eh jangan lah marah awak ,saya nak manja dengan awak pun tak boleh ke, Oh ya saya tahu awak malu ye ?Ala-ala comelnya awak. Tapi sebelum awak nak jadi bakal suami saya, awak kena lah fahami pantang larang saya, mungkin awak dah tahu sebelum ini ,tapi saya sekadar nak ingatkan awak je la, Boleh tak awak? Ok kalau boleh, sambil awak dengar lagu "OMBAK RINDU" tuh awak baca surat ni tau, baru ada feels dia kan ? Awak janji eh baca sampai habis :3


Kuat Merajuk


Saya kuat merajuk tau awak, sampai 1 tahap awak tak kan tahan dengan sikap merajuk saya ni , Betul tak tipu, hehe tapi awak tahu tak ,saya merajuk dengan awak sebab saya nak awak pujuk saya,yela siapa taknak dipujuk oleh suami sendiri kan? Kalau awak suami saya mesti sweet macam gula-gula candy yang colourful punya sweet awak pujuk saya kan? Awak nak tahu kenapa perempuan suka merajuk? Bukan di gedik ke apa ,tapi dia nak dapat perhatian daripada orang yang dia sayang dan cintai. Sebab saya cintakan awak la sebab tuh saya nak bermanja dengan awak :D hehehe . Alaa awak jangan lah senyum senyum manja bila baca surat ini , awak buat saya malu la . Awak hensem macam AARON AJIS


Pelupa
Awak awak awak , awak jangan terkejut tau dengan perangai saya ni, saya tahu mesti awak marah dengan saya , tapi betul saya tak tipu,saya memang pelupa sikit, :( Awak awak janganlah buat muka macam Remy Ishak , ye saya tahu , saya memang macam ni , saya pelupa sikit awak , kalau orang berceritakan , Automatik je saya lupa, Jadi kalau awak cakap dengan saya , lepastuh saya lupa awak jangan lah marah, Awak cerita lah balik apa awak cakap , kalau kali ke 2 awak cerita mesti saya akan ingat sampai bila-bila , Senyum sikit awak . Haaa kan hensem tuh , macam Zizan lah muka awak , Eh tak tak awak lagi hensem , awak kan bakal suami saya , semua nya hensem tau . Sayang awak sikit .


Penakut
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba , ku hanya mampu jadi dirimu pastikan kau bahagiaaa , Saya nyanyi tak sedap ? Oh ye ye saya faham , Jadi awak lah nyanyikan untuk saya , Hehe suara awak mesti sedapkan , lagi-lagi apabila awak mengaji ,Eh awak jangan lah malu, tengok muka awak dah merah dah tuh , Alaa alaa comelnya awak , macam Edward Cullen la .Saya tahu awak suka tengok cerita seram-seram ni , saya sebenarnya seorang yang penakut , bukan penakut apa , saya tak suka tengok cerita hantu tau awak . saya takut , kalau kita dah kahwin nanti , awak kenalah teman saya tengok cerita hantu ya? nanti kalau ada part-part hantu yang terkejut-kejut , saya sorok muka saya belakang badan awak. Saya nak pinjam awak sebagai pelindung saya, Awak kan kena jadi pelindung saya kan? Sebab itu saya cintakan awak sentiasa awak tahu? Awak janganlah muka macam Taylor Lautner , Awak buat saya cairlaa .




Ayam
Awak sebenarnyakan , awak kahwini orang yang paling malang awak *buat muka IZZAH sedih* tak tak awak , bukan macam tuh maksud saya , bukan awak tak layak untuk jadi bakal suami saya, tapi awak , saya sejak tingkatan 3 di larang makan ayam , atau sewaktu dengannya , Sebab nanti mata saya bengkak dan merah, Nampak kan ? Tapi kalau awak sanggup juga nak kahwin dengan saya , Awak kena terima saya seadaanya tau awak? Sebab saya akan terima awak seadaanya , Sebab manusia tak semua sempurna kan awak ? Saya boleh makan ayam tapi bukan selalu, Nanti kalau mata saya sakit, saya akan menyusahkan awak. :( Saya tak suka buat bakal suami saya bimbang dengan kesihatan saya, nanti saya rasa serba salah pulak awak, Tak apa kalau awak nak makan ayam nanti , Saya boleh tolong masakkan , Kita masak sama-sama tau awak ? baru Sweet kan awak? Macam YUSRY dengan LISA SURIHANI , Hehehe


Emas
Awak, kalau awak nak beli hadiah kat saya, awak jangan beli barang kemas untuk saya tau, saya tak boleh pakai emas , nanti badan saya gatal-gatal, Awak janganlah macam ni, awak janganlah sedih , kalau awak betul-betul cintakan saya ,mesti awak faham dengan keadaan saya ni kan. Kalau awak nak beli hadiah untuk saya, belilah baju ke apa ke , jangan barang kemas, saya tak suka .saya taknak duit suami saya membazir sebab beli benda mahal-mahal untuk saya tapi saya tak pakai , Awak penat berkerja cari rezeki untuk kita sekeluarga , lepastuh bila awak beli saya buat sekadar hiasan, Nanti muka awak mesti ketat je macam AMIR kan? taknak lah saya nak suami saya sentiasa senyum gembira menandakan awak bahagia dengan saya , saya sentiasa nak tengok awak tersenyum macam Daniel Radcliffe , hensem kan? Manis je senyuman awak tuh , Itu yang buat saya semakin sayang dekat awak ni .




Awak awak awak , sampai sini sahaja warkah saya buat si bakal suami saya, saya tunggu awak sampai awak lafazkan

AKU TERIMA NIKAHNYA NOORHIDAYAH BINTI ZULKARNAIN.....

boleh kan awak ? Dan awak kena janji lepas tuh kita hidup bahagia , jangan bergaduh sentiasa ,saya tunggu awak untuk mengucup dahi saya ketika akad nikah, saya tunggu awak untuk awak menjadi halal buat saya, saya tunggu awak untuk awak jadi imam kepada saya , saya tunggu awak untuk awak menjadi bapa kepada anak-anak saya, saya yakin awak mampu membina keluarga yang bahagia dengan saya ,Sebab tanpa ikatan kasih sayang dan jodoh dari ALLAH swt , saya tak akan dapat lelaki sebaik awak. :) Terima kasih awak sebab baca surat saya dengan hati yang ikhlas sampai ke noktah yang terakhir , Akhir kata dari bakal isterimu , Tak kira siapa pun awak , satu hari nanti saya akan cintakan awak :) dan berharap benda yang sama dari awak.





Kekasih Hatimu yang Comel

Noorhidayah Zulkarnain 

Posted at 9:50:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble