Beautiful of November
Beban Hati Tidak Terduga

Assalamualaikum readers, Aku masih di sini cuma menyepi, hilang dari sudut pandangan seketika, Aku tidak kemana, cuma masalah laptop yang melanda buatkan aku tidak dapat luahkan kata-kata. Jari-jemari kian aktif di laman twitter. Semua kata-kata aku luahkan, Tak terbuku rasanya nak simpan dalam hati lama-lama, Untuk apa? Berkulat? Berbau Busuk? Tidakkkk, lama kelamaan jika aku biarkan busuk jadinya, makin parah, makin mati aku . Kian lama kian aku dilupakan, Maaf aku jarang update, sekarang tiba masa aku fokus study. Megenangkan result trial aku. Aku rasa setahun setengah aku belajar macam habuk je. Satu tak masuk otak. Aku kena buang karat dekat otak ini. Cuma bersihkan apa yang patut. Impian aku nak masuk ke Universiti. Kena buang sikap malas aku, sikap sambil lewa. tapi.. Bagaimana? 

Semakin hari semakin berdebar aku dengan STPM, bukan apa, takut tak lulus. sukar nak menduga. Nampak senang. bila dapat result, terkapai-kapai mahu mencapai apa yang dikehendaki. 



Kadang-kadang masalah yang menimpa diri tidak tertanggung oleh aku. Ada sahaja masalah yang menimpa sehingga buatkan aku tertekan. Mereka tidak tahu, tiada siapa pun tahu, Hanya aku dan -NYA. Mungkin aku akan kembali, mengenangkan sisa-sisa hidup aku... Senyuman aku ikhlas pada orang, tapi dalam hati. Dia sahaja yang tahu apa yang terpendam, seperti kaca halus tertusuk di dalam hati pelahan-lahan. Memamah sisa-sisa kegembiraan di hati aku...


 
Aku Yaya. Masih ada yang mengenali aku ?


Menghitung hari 19Hb November 

Posted at 5:29:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble