Beautiful of November
#2. Cara elak sakit hati.

Assalamualaikum. hai guys (:

Harini terlebih rajin nak buat dua post dalam satu hari. So ini pun saya jumpa dekat blog orang. Cuma nak share. Sebab memang saya tengah mehadapinya sekarang. So here we go.


Percaya pada takdir :
Bila ex korang lebih memilih utk bersama yang lain, korang kena tahu yang dunia ni belum berakhir lagi. Pujuk diri korang dengan mengatakan bahawa, ex korang tu bukanlah yang terbaik utk korang, dan korang perlu yakin bahawa Allah mempunyai agenda lain yg lebih indah buat korang.


Relakan :
Mencintai seseorang bermaksud, korang mesti bersedia untuk merelakan dia agar terus bahagia atau bersedia untuk kehilangannya. Bila dia dah bagitahu yang dia tak bahagia dengan korang, please jgn paksa dia utk bersama dengan korang lagi, okay sayang ?


Lupakan :
Teori memang tak semudah praktikal kan ? Tapi, bila dia memutuskan untuk tinggalkan korang, ajar diri korang cepat-II untuk melupakan dia.



Ambil hikmahnya :
Pengalaman adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. So, korang kena jadikan pengalaman bersama ex korang untuk mulakan kisah yang baru dan pastikan hal-II yang lepas tidak akan berulang lagi.


Be nice :
Korang perlu terus berbuat baik dalam apa jua perhubungan sekalipun. Tak kesah la.. dengan keluarga ke, dengan kawan ke, pakwe ke, makwe ke dan seangkatan dengannya. Korang mesti tingkatkan harga diri dan perlu telus dalam sesebuah perhubungan. Kalau korang berbuat baik dengan semua orang, korang akan lebih di hargai oleh mereka.


Jangan bersendirian :
Korang mesti selesaikan masalah dengan bijak. Orang yang baru putus cinta, kebanyakannya akan berfikiran aneh apabila bersendirian. So, elak kan lah bersendirian, okay ?


Bersedia untuk orang baru :
Yakinkan diri korang utk bergaul dengan orang-II lain atau kawan-II korang. Jangan mengurung diri dari dunia luar. Sebaiknya, korang buka networking yang baru.


Serlahkan potensi diri :
Jangan biarkan diri korang terperangkap dengan masalah-II yang dah lepas. Cari semula potensi diri yang ada pada korang hingga potensi tu boleh di nilai oleh orang lain.



Berdoa dan bertawakkal :
Serahkan segalanya kepada kuasa Allah. Korang akan menemui kedamaian di saat korang mengadu dan merelakan segalanya pada-Nya.


Sumber: http://elmoblaster.blogspot.com/.



Posted at 3:16:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble