Beautiful of November
Sahabat (:
Assalamualaikum bloggerians yang sangat rajin menaip dan mengupdate,


Terasa jari jemari ini nak menaip, di kepala sudah lama nak update. niat sejak azali lagi dah ada. Ditemani lagu asyik yang menaikkan mood untuk menari kan jar ini untuk pantas menaip. Nak mengupdate pasal "SAHABAT" aku yang dahulu hingga kini. Yang sentiasa berada bersama aku susah dan senang. Yang tidak pernah lupa aku walau seketika. Aku bukan seorang Sahabat yang baik. Memang aku senang berkawan dengan semua orang. Orang baik dengan aku, aku baik dengan orang. Sesetengah orang cakap aku jenis mudah lupa kawan. Aku jumpa kawan baru aku terus lupa yang lama. Sungguh aku bukan begitu. Kalau yang boleh ngam dengan aku memang aku akan ngam dengan dia. Walaupun aku ada kawan yang baru aku tetap tak lupa yang lama. Cuma perangai buruk aku. Aku tak suka tunjuk yang aku masih ingat dekat dorang. Aku sendiri akui aku jarang contact diorang dulu. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi memang itu perangai negatif aku. Mungkin aku perlu ubah. Tapi percaya, Aku tak pernah lupakan sahabat-sahabat aku. Walaupun aku tak contact mereka tapi percaya aku masih ingat pada mereka. Cuma aku tak suka tunjuk. Biar tak contact asalkan sama-sama tahu yang ikatan sahabat itu tak akan putus. Tapi aku akui aku bukan seorang Sahabat yang baik :')


1) NurAdiba Che Hanif

Sahabat yang aku kenal sejak berusia 14 Tahun. Pada mulanya aku kenal dia dengan dia sebabkan kawan kami. Seorang yang ceria, mudah mesra, dia kawan yang setia. Sejujurnya, tak pernah lupakan kawan dia. Dia lebih pentingkan persahabatan. Pernah dia sakit hati dengan aku sebab aku tiru gaya dia. Okay masa tuh sebab aku suka cara dia. Dengan comelnya. Haa itu zaman budak-budak. Sekarang masing-masing dah ada cara sendiri. Dia tak pernah berubah, sama je perangai dia, dari dulu hingga kini. Sikit pun tak berubah. Alhamdulillah hingga usia kami 20 tahun. Kami masih bersahabat seperti dulu. Aku pernah buat silap dulu sebabkan terlalu leka dengan dunia aku, Aku lupakan sahabat aku. Dia yang sedarkan aku tentang kesilapan aku. Terima kasih Dibaa :')


2) Nur Fahtihah Apandi

Sahabat yang aku kenali sejak tingkatan 2 tapi mula rapat sejak tingkatan 3. Maaf Teah sebab letak gambar lama ni. Ini je gambar yang aku ada dengan kau. Hahaha. Dia seorang pendengar yang setia, periang, sensitif, pakar dalam bagi nasihat nasihat ni. Dia suka gelak. Sampai apa yang dia gelak pun aku taktahu. Hahahaha. Dulu masa zaman sekolah, selalu merayap naik motor dengan dia lah. Dengan lesen tak adanya. Hahaha. Okay teringat zaman kita muda muda dulu kan? Apa pun terima kasih sebab masih terima aku sebagai sahabat kau. :)


3) Farhana Syolehah Mohd Fuad

Aku kenal dengan Hanna since sekolah rendah cuma tak rapat sebab dia kelas pandai pandai, Aku kelas bawah-bawah. Zaman sekolah rendah dulu suka berpuak-puak. Itu dulu makin rapat dengan dia masa tingkatan 4. Aku terus dapat masuk kelas science. Since tuh rapat dengan Hanna. Dia sangat addict to Korean. Hahaha dulu Super Junior, Beast, dia yang mengajar aku suka benda-benda Korean tuh. Mula-mula tuh aku suka lah, lelama okay dah tak. Hahaha tapi dia tetap setia suka lagi. Hee. Kami masih seperti dahulu.


4) Khairiyah Mohd Jaa'far

Sahabat yang aku kenal sejak zaman sekolah rendah juga. Rapat masa tingkatan 4. Hehehe ini lah dia cikgu saya, yang banyak mengajar saya serba sedikit tentang ilmu dunia, Hingga kini dia masih jadi cikgu saya, kalau ada masalah semua saya refer dekat dia terus. Hahaha dia seorang yang pemalu, pendiam, Okay sangat pendiam. Tapi memang seorang yang sensitif and seorang yang penyayang. Tak percaya cuba lah kira berapa banyak kucing dia ada dekat rumah. 


5) Noor Afiqah Samsalim

First masuk office, dia orang pertama tegur aku. Aku ingat kakak mana tegur, Bila kenal-kenal rupanya sebaya, hari kedua kitaorang cerita pasal diri masing-masing. Terlalu banyak persamaan dia dengan aku. Sebab bukan mudah nak jumpa orang yang memahami diri kita 99.99% kan? Then masuk hari ketiga baru aku tahu, yang dia adalah kawan sepermainan aku dulu. Nenek dia jiran aku, masa kecil dia duduk dengan nenek dia, selalu main bersama. Allah temukan kami semula apabila kami dewasa, Aku sendiri tak sangka. Ini mungkin jodoh kami. 4 bulan aku bersama dia. Sekarang aku dah berhenti kerja, sebab nak sambung study. Eyka saya harap awak jaga diri awak elok-elok. Ingat yang saya taknak persahabatan kita henti hingga kini. 


Sungguh aku terlalu sayang kelima-lima sahabat aku ini. Tanpa mereka aku hanya insan yang kosong. Family orang pertama yang penting untuk aku, Kedua adalah mereka. Aku terlalu sayangkan persahabatan ini. Aku tak nak hubungan persahabatan ini putus tengah jalan. Aku mungkin bukan sahabat yang baik. Tapi aku sedang cuba untuk belajar menjadi sahabat yang baik. Jika pernah aku sakitkan hati korang. Aku mohon kemaafan. Jika aku salah dan silap mohon tegur aku. (':


Sahabat yang baik tidak akan pernah mengaib atau membuka aib sahabatnya.






Posted at 9:34:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble