Beautiful of November
Tanganku Menaip
Assalamualaikum warga bloggerians,


Rindu serindu rindunya dengan blog ni, Aku mula melembutkan jari jemari aku yang mulus untuk mula menaip. Sambil ditemani lagu Pelamin Anganku Musnah dendangan syahdu oleh penyanyi terkenal zaman 80an, Azie. Ditambah dengan sekeping roti coklat keluaran Gardenia yang sentiasa jadi idaman malaya.

Lama tak menaip, maksud dekat laptop ni. Dekat 4 bulan aku kerja dekat sebuah syarikat swasta yang terkemuka dekat Mesia ni. Lagi 2 minggu aku berhenti sebab dah cukup kuota kerja dekat sana. Dengan tulang 4 kerat ni aku berjaya beli handphone cikai yang jadi kegilaan aku  selama seminggu, terus nekad beli. Bila dah beli rasa puas hati sebab hasil tulang 4 kerat kita. Lepastuh kebulur untuk sebulan seterusnya sebab gaji habis beli menda alah tuh. Tapi aku bahagia,

Sedang aku menaip, teringat dengan seseorang, yang dulu pernah aku sayang, tapi aku tinggalkan. Sebabnya hanya aku yang tahu. Sekarang sedang aku mengenali pelbagai jenis mahluk yang bernama manusia, yang berbeza jantina, macam-macam jenis orang aku jumpa. Kaum Adam ini yang bakal menjadi suamiku satu hari nanti, menjadi ayah buat anak-anakku, yang menanggung segala dosaku dan anak-anakku, yang menjadi ketua keluarga, berat tanggungjawab sang Adam ni. Dalam ramai-ramai ada sorang dua yang betul-betul serious. Aku jenis peramah, tapi sikap peramah aku buat aku sendiri rimas, Bila kita hanya anggap dia sebagai kawan, tapi dia anggap lebih dari seorang kawan hanya disebabkan kita tidak mempunyai status sebagai milik orang. Hati manusia bukan macam bola, boleh tendang sana-sini, boleh main tarik-tarik tali, bila kau nak kau tarik bila kau taknak kau tolak. Bukan macam sampah, bila dah habis madu sepah kau buang merata. Aku cukup benci manusia sebegini rupa. Gunakan kelebihan seseorang hanya untuk dipermainkan.

Perasaan seseorang kita tak boleh paksa, sejujurnya aku tak suka orang yang suka memaksa. Aku lebih suka orang yang memahami aku, menerima aku seadaanya. Setiap wanita memang inginkan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menerima dia seadaanya. Aku bukan jenis manusia yang tengok kisah silam, Bagi aku sejarah tetap sejarah. Pernah tengok Sejarah berulang? Maksud aku Sebiji-sebiji copy paste jadi balik? Mungkin berulang tapi cara,masa,waktu yang berbeza. Kita hanya perlu menerima dan kenal diri dia yang sekarang. Yang pasti boleh menerima seadaanya, Kerana tanpa sejarah tak mungkin dia berubah untuk jadi insan yang lebih baik.

Sambung perenggan kedua sebab aku rasa dah terlalu jauh aku skip skip. Aku bagi semula peluang kedua kepada orang yang pernah aku sayang dulu. Dan aku harap dia akan manfaatkan peluang kedua yang aku berikan pada dia. Sebab aku bukan jenis orang yang mudah untuk bagi peluang melainkan aku betul-betul rasa bersalah... Maafkan aku sebab aku suka menaip ikut emosi dan ikut alunan musik yang asyik dibuai mimpi.


Doakan aku agar aku dapat sambung degree, doakan aku agar aku bahagia, doakan aku agar aku berjaya, Aminnn (:



Aku insan yang lemah, gah kepada cinta manusia tapi lemah dalam cinta yang satu. Mohon ampuni segala dosaku Ya Allah :')


Posted at 5:40:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble