Beautiful of November
Berbahagia
Asslamualaikum hello dearest readerest.

Setiap kali post kadang-kadang aku rajin kadang-kadang aku malas. Sesungguhnya memang aku malas. 
Bukan selalu rajin. Realiti. Ya itu fakta. Malangnya nasib ibu bapa saya mempunyai anak dara malas seperti saya. Malangnya suami saya memiliki isteri sepelik saya. Oh ya saya pelik. Nanti anak-anak saya melopong tengok ibunya gelak sorang sorang sambil menaip blog. KADANG-KADANG berkerut dahi mengedit blog. 

Gahhh itu semua angan-angan semata demi senja. Sejak dua menjak aku sering kali bertukar mood. Sampai kesayangan pun dah malas nak layan aku. *sungguh nak nangis* Sebab dia malas nak layan, aku sekejap okay, kejap marah, kejap malas nak layan, kejap itu kejap ini .Dia pun malas nak layan. Hahaha. awak sungguh tidak sweet bila tinggalkan saya seseorang. Oh sebenarnya bukan salah dia. Salah saya sebab suka marah dia tertiba. >.< *tiada niat*

Dan benar kata orang zaman sekolah serta zaman selepas sekolah sangat berbeza. Ibu ayah saya nak jadi kecil semula. Nak masuk tadika balik. Habis je form 5 nanti nak masuk tadika balik. Begitu lah sampai ke tua. Tapi aku kena hadapi realiti. Tahun ini aku 20 tahun. Ada 3 tahun sebelum aku betul-betul menjejakkan kaki ke alam perkerjaan. Kadang-kadang aku terfikir. Apa yang aku buat lepas sekolah? Aku dapat perkerjaan ke tidak? Mampu ke nak sara keluarga? Macam mana nak beli rumah? Nak kahwin? Sara anak? Sara itu sara ini? Serabut kalau difikirkan. Mulai sekarang kita kena rancang masa depan. Dari awal biar ada cita-cita. Biar apa pun cita-cita kita, jadikan sebagai perangsang. Mana tahu satu hari nanti bukan jadi angan-angan tapi cita-cita kita dah tercapai. InshAllah kalau kita berusaha. Usaha tangga kejayaan. Cikgu selalu pesan dulu.

Aku sampai sekarang tak tahu apa minat aku. Ini masalah besar. Masa kecil darjah satu cikgu tanya nak jadi apa. Semua jawab. POLIS,GURU,DOKTOR, darjah 6 up sikit, KETUA POLIS, PENSYARAH,DOKTOR BEDAH. Masuk form 1 lagi up. ARKITEK, PAKAR BEDAH, ENGINNER. Sampai form 5. semua itu malas dah. Apa yang nak jadi jadilah. Hahahaha itu aku masa dulu. Sampai sekarang aku taktahu apa cita-cita aku. Pernah aku tanya kaunseling. Belajar Science tapi failed juga. Belajar Sastera result sedang-sedang. Ni nak belajar Pentadbiran Perniagaan. Gahhhh aku tak nampak lagi masa depan aku selagi belum mula berlajar. Terpesong sangat dah pembelajaran aku, Tapi orang kata rezeki masing-masing. Ambil apa yang ada depan mata dan manfaatkan. Jangan terlalu tamak takut nanti semua melepas. Haaa itu prinsip aku sekarang.

Minat aku ada banyak, kadang-kadang suka bergrafik, menjahit, berphotography dan macam-macam. semua dalam satu, satu dalam aku.Tapi semua benda itu aku jadikan hobi masa lapang. Dari hobi boleh buat duit.Muhahahahahaa*gelak syaitonirojim* Mana tahu satu hari orang hargai bakat kita kan? Who knows?

Now dah lebih kurang 10 belog aku dah edit. *Bajet macam berpuluh puluh blog*. Tapi walaupun sikit aku suka lah sebab orang berpuas hati dengan hasil kreativiti yang Allah kurniakan kepada aku. Alhamdulillah



Ini antara nya. Memang harini ini je yang aku buat, Actually aku lama dah tak godek blog orang since last year. T_T memang nampak kan pemalas aku. So awak yang ada cita-cita itu teruskan dengan cita-cita dan bukan sekadar angan-angan mat jenin. Tapi kalau berangan nak duit banyak tapi hanya membuta dekat katil itu bukan angan-angan itu minta dikafankan secepat mungkin. Sangat rajinnya saya update blog panjang-panjang ini. Semoga bertemu lagi di masa yang lain (:

Harta boleh dicari, tapi kebahagiaan hanya muncul sekali apabila kita betul-betul meghargai.
Hargai mereka semasa mereka masih ada. Jangan leka mengejar harta dunia sehingga lupa tanggunjawab bersama.

Posted at 6:15:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble