Beautiful of November
Berdasarkan Takdir
Assalamualaikum, hello apa khabar *slang Johan Raja Lawak version Cina*

Sekian lama tidak update blog, nak mencari tarikh yang sesuai untuk update blog, tarikh ada, masa pulak tak izinkan. Kadang-kadang masa pula yang tak kena, ada je orang memanggil manggil. Haish busy bebenor lah kan?

Tapi sekarang usia hampir genap 20 Tahun, Maka 20 tahun juga aku hidup dalam pelbagai cerita, macam-macam cerita. Tapi usia aku 20 tahun banyak sudah aku lakaran corak dekat kain putih yang ibu bapa aku berikan pada aku dulu, Pelbagai warna aku corakkan ketika masih kanak-kanak, Ada merah, biru, kuning dek kata sasterawan negara, Warna dia seakan Warna Jalur Gemilang. Cuma aku punya sangat abstrak. Tapi masa aku remaja meningkat dewasa aku telah kotorkan dengan warna hitam. Hitam yang kadang-kadang cantik, tapi warna hitam banyak makna. Sehitam hati aku bila tengah marah. Ego kuat. Bak kata orang tembus dinding pun belum tentu boleh. Masa darah meningkat remaja, Macam-macam nak dicuba, benda yang ditegah tuh lah makin nak buat. Nak buat macam mana. Kepala keras lagi dari batu.
Degil memang teramat degil. Bila kena batang hidung sendiri. Baru tahu apa itu erti penyesalan.

Setiap orang pernah melakukan kesilapan, sama ada kita sedar atau pun tidak. Sama ada time kita tengah bergurau senda dengan kawan-kawan tapi kalau kawan tuh jenis cepat sentap, dah buat dia terasa. Dah ada rasa bersalah masa tuh. Tapi bukan salah kita kan? Dah dia jenis cepat sentap. Hahahahaha. Apa pun. Kita memang tidak sempurna. Syaitonirojim sentiasa hasut kita kalau iman kita tak kuat. Jenis tak kuat iman memang sedang lah nirojim ni mengayat. Memang tak lari dari kesilapan. Tak kira besar atau kecil. Bila dah buat kesilapan. Seharusnya kita benar-benar menyesalinya. Dan tekad pada diri sendiri tak nak ulangi kesilapan yang pernah kita buat dulu. Allah Maha Pengampun, Allah Maha Mengetahui.

Kena kuatkan hati dan iman. Taubat taknak ulang balik apa yang pernah buat dulu. Buat makayah menangis sebab kita, Lukakan hati orang tua kita, Buat jahat dekat orang lain. Dengki dengan orang lain. Taubat taknak ulang balik semua tuh. Rasa menyesal gila. Masih adakah jalan untuk aku kembali? Masih adakah jalan untuk berubah? 


Sepuluh jari disusun rapi, memohon ampun dan maaf untuk tahun ini. Jika ada silap dan salah harap di maafi, Kekhilafan diri ini inshAllah tak akan berulang lagi. SELAMAT HARI RAYA (:

Posted at 11:46:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble