Beautiful of November
New Journey
Assalamualaikum! Hello ebelibody.

 Ya Allah rindu rasanya dekat blog tercinta. Semenjak dua menjak jadi orang terengganu ini. Ehem orang terengganu? Okay actually saya dah sambung study dekat University College Bestari di Setiu. Lebih dikenali dengan Kolej Teknologi Bestari dulu dulu dulunya. Bukan rezeki sambung dekat IPTA. Minta minta rayuan pun tetap tak dapat. Tak apa nak belajar mana-mana boleh belajar. Nak berjaya mana-mana boleh berjaya, Nak menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China sekali pun. University ni half goverment. Persekitaran yang agak selesa, yang tak syok nya. Nak naik bilik tingkat 4. Rasa lagi 5 bulan boleh tengok saya jadi slim melim.

Sesungguhnya saya sekarang adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Cehh bajet gila -.- . Study belum nak rak lagi. Tapi alhamdulillah setakat ini pembelajaran masih lancar. Yang paling best. Sesungguhnya saya adalah pelajar tunggal yang berasal dari Key Ell. Bajet2 an? Pastuh nanti nak balik mencanak nak cari geng. T__________T (Nak nangis separuh mati)

Dah dekat sebulan duduk sini. Tapi rasa macam dah bertahun. Sehari tuh bagaikan sebulan, Sebulan bagailkan bertahun-tahun. Meniti rasa bila nak cuti. Nak balik kampung, rindu rumah, rindu dekat katil, bantal busuk, selimut busuk, Katil patah. Hahahha padahal rindu dekat family, Biasalah anak kesayangan keluarga. Bahahahah bajet lagi. Sebulan baru tapi poket dah sengkek. Buka purse keluar lalat. Ahh ralatnya. begini kah kehidupan di rantauan. Tapi akan ku hadapi dengan onak dan duri. Hahahahaha. Belajar berjimat cermat, kena control sikap boros moros aku ini. makan kena sekali sehari biar tampak ramping. Bila orang tanya apa rahsia cakap je hari-hari exercise. Walhah hari2 makan maggi bungkus. Hahaha.

Sungguh saya mula jatuh cinta pada bandar terengganu. Negeri kedua TERKAYA di Malaysia. Tuh diaa senang-senang je dapat duit dari kerajaan negeri. Jealous baq hang -.- . k saya iri hati. Hahaha tapi Alhamdulillah dapat kawan rumah yang senang berstudy sama, senang berkomunkasi bersama, senang ketawa bersama, senang menangis bersama. Sekian.









Moga hati ini lebih tabah hadapi segala cabaran dan dugaan di negeri orang. Bersama sama melakar kejayaan demi masa depan dan membawa sejuta harapan ibu dan ayah. Amin.


Posted at 5:52:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble