Beautiful of November
Permulaan Baru
Assalamualaikum, hai bloggie.

Fuhhh tiup tiup sikit habuk yang dah lama tak di sapu. Rindu dekat blog. Tempat yang berkongsi cerita, suka duka. Aku selalu cerita pasal benda yang serabut kan otak aku. Sampai hangpa sendiri pun serabut nak baca kan?
Habis sem ni. Tengah sibuk dengan final. Study week yang tak macam study sebab hari-hari duk layan movie entah zaman bila dek kerana terlalu melayan perasaan. Tapi lepas tengok movie movie yang berkaitan seringkali memberikan aku motivasi untuk teruskan hidup dan bangun daripada jatuh dari tangga yang bergolek-golek. Hangpa paham daq?

Sekarang aku duk berperang dengan pen dan buku serta nota-nota entah dari mana sumbeqnya. Menyediakan senjata-senjata untuk di bawa ke medan perang peperiksaan. Maklum lah sem pertama. Idok ler teman pernah belajar U sebelum ni itu yang kecuakkan dan keterujaan untuk exam tuh tinggi berbenor.
Bytheway selamat berperang wahai sahabat-sahabatku sekalian alam. Mari bersama-sama kita angkat pen sediakan ilmu di dada.

Disamping, aku mulakan hidup baru, memikirkan apa yang terbaik untuk hidup aku pada masa akan datang.
Bak kata mak aku. Hang kawan ja dengan sesiapa nanti jumpa jodoh hang, hang kawin ah. Sekarang jangan pikiq lagi cintan-cintan ni. Mak cintankan hang kang. Mak aku memang psiko sikit, tapi aku sayang. Siapa tak sayang mak oi.

Tahun 2013 pun bakal berakhir, membawa kenangan kenangan dulu yang aku boleh katakan banyak hitam daripada putih, banyak luka daripada manis, banyak banyak lah kan. Semoga itu menjadi pengajaran untuk aku dan menjadikan aku manusia yang lebih tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang lebih mencabaq. Azam tahun 2014 macam banyak. Tapi tunggu aku post nanti. Tak rajin dah nak taip. Orang tak baca pun taip pepanjang kan? Hahahahah ha ha hambar....


"Aku rasa macam nak humban je budak yang bajet poyo tengah baca buku pakai tudung merah tuh." kata kawan aku kepada budak comel ini.




Posted at 8:49:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble