Beautiful of November
Bila diri rasa sendiri hati kosong bagaikan belon
Sayang aku pada satu manusia itu,
tapi hanya sekadar sayang biasa.
Dulu mungkin sayang bagai nak gila.
Tapi kini mula berubah segalanya.
Entah kenapa, hati aku jenis senang tersentap
Meraih simpati dari hati-hati sekeliling yang kosong.

Jiwa aku sunyi,melihat sekeliling aku dengan riangnya bergembira
Bersama orang yang mereka sayang,
sedangkan aku masih sendiri.
Aku mencari yang pasti.
bukan untuk sementara
Tapi untuk selamanya.

Aku tak menilai siapa diri dia,
Cukup hanya seorang lelaki normal
Yang tak ada nafsu sesama jenis
Atau gila meroyan nak tukar spesis dia.
Dari lelaki sejati kepada lelaki separa jati.

Aku banyak kali rasa,
Bila kau dah terbuka hati untuk terima seseorang dalam hidup kau,
Padahal lama gila kau tutup pintu hati kau ni.
Sebabkan dia rasa dia macam bagi harapan dekat kau,
Kau mula sedikit demi sedikit buka pintu hati kau.

Makin lama kau makin sayang,
Bila kau makin sayang,
Eh dengan tak ada rasa bersalah dia angkat kaki pergi.
Tinggalkan kau seorang diri
Terkontang kanting.
Durjana perangai

Mula dia tak endahkan kau,
Call jarang sekali, Mesej? Harapan lah.
Perasaan sayang itu di khianati.
Macam mana nak percaya orang lagi?
Sakit kan rasa hati macam kena gergaji.
Kau pernah rasa tak?

Aku bukan bodoh atau senang ditipu.
Cuma aku senang percaya dengan kejujuran orang.
Orang senang ambil kesempatan.
Manusia macam ni harus dicabut hatinya.
Bagi orang lain yang lebih menghargai jaga.
Dermakan kepada yang memerlukan.

Aku terlena sambil memikirkan semua yang terjadi,
setitik demi setitik mutiara berharga jatuh.
Entah apa jadi nanti.
Aku pasrah.


"Dua hidup yang dah sebati, tidak semudah itu untuk dileraikan "
"Memang, tapi kalau benda tu memudaratkan, kita kena buang juga kan?" -Haris-


Posted at 12:10:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble