Beautiful of November
Surat Luahan Rasa Hati
Masa ini aku sedang hadap laptop sendiri. Sedang dua sahabat aku tumbang dibuai mimpi nan indah mungkin.
Manakala dua lagi sedang khusyuk dari pagi tadi melayan " Lelaki Berlari" yang makin di gilai oleh remaja perempuan ketika ini. Entah apa yang menarik sangat cerita itu. Aku sedikit pun tak tertarik.

Pernah beberapa kali di ajak untuk menonton sekali, Aku tengok bagaikan tidak punya hati, Orang gelak aku masih buat tak reti, Bagaikan orang mati. Tapi kalau aku layan video Matluthfi aku orang pertama yang gelak sendiri walaupun dia tak lawak pun. Mereka yang lain hanya mampu gelengkan kepala lihat gelagat aku.

Aku menaip sambil di temani dengan lagu tangkap lelehnya, Haih sejak bila rasanya aku minat lagu begini?
Mungkin sejak di tinggal pergi. Beberapa dekad yang lalu(sebenarnya bulan). Hampir sebulan aku balik kolej dengan azam yang baru. Azam untuk lupakan orang lama. Tapi bila tengok dia depan mata. Terbentak hati aku. Aku rindu.

Kadang-kadang, aku curi-curi masa untuk bercakap dengan dia, walaupun tak ada topik langsung aku nak cakap. Aku tanya pasal benda yang bodoh yang aku dah tahu. Haih. Biarlah asalkan aku dapat cakap dengan dia. Sebenarnya bukan apa, walaupun masih wujud rasa itu tapi tujuan utama aku taknak putuskan silaturahim(ayat cover).

Kadang aku tahan rasa untuk tak pandang dia, Tapi jenis mata liar mencari juga. Kadang aku tanya diri aku mengapa aku masih rasa begini. Dah lama aku tak rasa begini. Selalu kalau orang tinggal aku pergi. Aku lantakkan saja. Tapi yang satu ini penangan dia bukan main lama.

Kawan aku ada bagi beberapa nasihat terpakai yang biasa dah aku dengar.
"Move on lah, buat apa ingat dekat orang yang dah tak ingat dekat kita?" kata Si Jemah

"Yaya, banyak lagi orang lain dekat luar tu" Si Timah pesan kat aku.

"Ore dop berahi denge kito, doh bakpe kito nok gi mula ke ore tuh" Brader Jep

Sebenarnya memang banyak nasihat-nasihat daripada pakar dan sampailah yang tak pakar langsung diorang pulun habis bagi dekat aku. Tapi entah kenapa masih aku teringat. Tunggu lah lagi beberapa tahun baru aku boleh teruskan perjuangan aku. Bila aku jumpa seseorang yang tahu erti hargai.


Salam Jumaat.



Posted at 2:16:00 AM | 0 CintaBergerak

Welcome

Assalamualaikum, Yayable for the friendly calling.
"Every man needs a woman when his life's a mess , because just like the game of chess.The Queen protects the King"-EAMC



LOVE NOTES




Credits

Blogskin: Farrah Midori
Basecode: Speaking Bunny
Background : Farrah-MidoriEditor : Yayable


Past Time


Heart Chat Bubble