Real life is begin
Assalamualaikum, penutup tirai 2015. Awal tahun harituh aku ada post pembuka tirai. Ini nak post pasal penutup tirai 2015. Banyak benda aku lalui pada tahun 2015 ni. Ada pahit ada manis.Tapi yang pahit tuh memang teramat pahit. Tapi biarlah sekadar jadi pengalaman buat diri aku sendiri dan jadikan pengajaran. Manakala yang manis itu aku titipkan dalam kenangan yang mungkin tidak pernah aku lupakan.
Seusia aku 22 tahun ini, banyak benda dah mengajar aku, dari cara bagaimana jadi kental, bagaimana kuatkan diri, cari diri sendiri. Banyak. Cuma kadang aku hilang arah. Bila aku hilang arah. Aku cuba cari punca itu. Alhamdulillah aku jumpa. Orang sekeliling aku banyak mengajar aku jadi tabah. Pelbagai ragam manusia aku jumpa. Alhamdulillah aku dapat hadapi dengan tenang, walaupun satu masa aku menangis sendiri mengenang nasib diri. Tapi aku masih tabah kerana tujuan aku hidup di atas muka bumi ini kerana Allah. Allah segalanya.
*Kakak bukan dalam mood ok, kakak dalam mood stress belajar ni*
Posted at 10:02:00 AM | 0 CintaBergerak